Pages

Sunday, 16 August 2015

Assalamualaikum

Sedikit perkongsian untuk ibu ibu 
smile

Susu ibu terbahagi kepada dua bahagian , iaitu :
1) Susu awal (foremilk) :
Susu agak cair , kandungan air tinggi ,
kandungan lemak rendah -MENGHILANGKAN DAHAGA .

2) Susu akhir (hindmilk) :
Susu lebih pekat , kandunguna air rendah ,
kandungan lemak tinggi - MENGEYANGKAN .

Apabila bayi mula menyusu , dia akan mendapat FOREMILK 
yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi . 
Manakala di akhir penyusuan , bayi akan mendapat HINDMILK 
dan mengeyangkan kerana mengandungi lemak (sihat) yang tinggi .Ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi .

Oleh itu , menyusulah sekurang-kurangnya 15-25 minit SEBELUM berpindah ke payudara yang satu lagi . Ini kerana , jika ibu menyusu dalam tempoh yang singkat sahaja di payudara pertama kemudian terus berpindah ke payudara kedua , bayi hanya akan mendapat foremilk yang sekadarmenghilangkan dahaganya , tetapi TIDAK mengeyangkannya .
Sebab itu jugalah , adakalanya ibu merungut .
"Anak saya menyusu badan tapi beratnya tak naik & kecil jer"
Selain ibu kurang menjaga nutrisi dalam pengambilan makanan berzat ,cara memberi susu kepada anak juga sangat mempengaruhi tumbesarananak . Pastikan bayi menyusu sehingga payudara betul-betul kosong bagi mendapat khasiat sepenuhnya .

No comments:

Post a Comment